Monday, December 31, 2012

Selamat tinggal 2012, welcoming 2013

2012
Banyak meninggalkan yang pahit, 
Dari yang manis,
Tahun itu,
Banyak memberi dugaan,
Banyak memberi ujian,
Banyak memberi masalah,
Masalah kerja,
Masalah belajar,
Masalah diri,
Masalah dengan manusia,
Masalah psikologi,

Tapi,
Ia juga banyak memberi jalan,
Jalan keluar untuk masalah,
Banyak mendewasakan diri,
Banyak mengajar untuk sabar,
Banyak mengajar tentang kehidupan,
Banyak juga mengajar erti ukhuwwah,
Banyak mengajar tentang nilai agama,
Banyak mengajar untuk mengentalkan diri,
Banyak mengajar untuk sentiasa bertolak ansur,
Banyak mengajar untuk faham diri,

2013
Cuba untuk berubah,
Berubah ke arah yang lebih baik,
Cuba untuk menjadi yang lebih bersistem,
Cuba untuk menjadi anak yang soleh,
Cuba untuk menjadi pelajar yang cemerlang,
Cuba untuk membawa adik-adik ke arah Islam,
Cuba untuk membawa rakan-rakan ke arah yang lebih baik,
Cuba untuk belajar menjadi seorang dae'i yang lebih baik,
Cuba untuk menjadi contoh tauladan buat sahabat-sahabat,
Cuba untuk membina kesatuan dalam kalangan pelajar-pelajar,
Cuba untuk membina suatu bi'ah solehah,
Cuba untuk menjadi yang lebih baik,
Menjadi seorang pemimpin,

Banyak cabaran yang akan ditempuh tahun ini,
Banyak pahit manis yang akan dilalui tahun ini,
Akan banyak yang akan berlaku,
Yang mana aku pun tak pasti,
Apa yang akan terjadi pada tahun yang baru ini,
Moga-moga yang terbaik,
Buat semua, 
Buat semua anak-anak Tanta,
Buat semua anak-anak Tok Jiring,
Buat semua anak-anak Manir,
Buat semua anak-anak Islam.

Selamat tinggal 2012, welcome 2013
31/12/12
4.49 p.m(EGYPT)

Wednesday, December 26, 2012

Motivational books

Terbaca beberapa buah buku motivasi,
English dan jugak melayu,
Sometimes I wonder,
knape Melayu tetap Melayu,
The answer lies in the book that you read

Motivasi melayu lebih kepada pengharapan,
meletakkan pengharapan pada sesuatu,
meletakkan pengharapan kepada tuhan,
Allah yang maha satu,
and i'm not the one who denied that fact.

The things is to much ber'madah'
can make one that read a book feel like they already own the world,
They have everything,
They should be thankful for what they have,
but less practical on how to improve themselves
Lack of accuracy, lack of  'baby steps',
Lack of everything.

Baca buku omputih,
How to make a good relationship with man,
just a small topic and there are lot's of explanation,
Keep thinking on how they make their analysis so critical,
so structured, so well.

I'm not blaming 'Melayu' books,
and i'm not encourage to read English book,
and i'm not interested in criticize all the books,
just that,
when you read, you gotta learn,
and when you learn, you have everything.

Melayu+English(motivational) is such a great idea,
on how to build up your mind,
see the world with different views,
and see the world as a place to earn,
not just earn penny, but also good deed

2.22 a.m
27/12/2012 

Wednesday, December 19, 2012

just be one person from now on

   Really need some motivation right now,
tolong orang kita tak dihargai,
tolong orang pon kena marah,
tolong orang pon kene perli,
tolong orang pon kene macam2 lagi

rasa macam nak berhenti,
berhenti jadi budak baik,
sebab orang sekeliling tak pernah hargai,
sebab mereka tak pernah peduli,
yang mereka tahu cuma,
mereka nak apa yang mereka nak,
mereka mahu apa yang mereka mahu,
tak lebih dari itu.

Kadang-kadang aku sedar,
nak berjuang hati kene besar,
kene terima semua bende,
tapi aku jugak manusia,
yang lemah,
yang tiada daya.

Want to give up now,
please Fahmi, be a selfish person from now on,
they are just using you when they want,
and throw you like nothing when you're not useful to them.
END OF STORY

Friday, December 14, 2012

10 things about boys n girls

BORING!! Jom maen permainan ni, nama game nie listkan 5 perkara yang anda suka dan tak suka yang ada pada seseorang.



Laki:
1. Sembang kemaih, dan buat keje pon kemaih
2. Timbang rasa dengan kawan2, skali skala tu ade la blanje makan (tokmiah bil bid pon jadi la)
3. Caci maki member, tapi pandai tackle balik.(org macam2 nie aku respek..haha)
4. Boleh interaksi ngan org dengan baik even newcomers( kemahiran yang memang setiap org kene ade)
5. Pandai main bola ( sedang cuba untuk memandaikan diri sendiri )

6. Pakai seluar 3 suku, kat rumah bleh tahan, kat padang boleh kira, tapi kalu duk jalan2, tobat aku x suka
7. Sembang kemaih, tapi buat keje tak kemaih.(berbalik pada diri sendiri)
8. makan tak ingat member2 (serius terasa giler ngan mamat2 camni... kadang2 buat jugak)
9. Bajet dia sorang pandai, orang lain kene duk bawah dia (mcm diktator owr)
10.Jenis yg slalu duk harap kat member2 buat keje.

Pompuan:
1. Cakap kasar2 ( kasar tu maksudanya kasar dalam sopan... betul ke ayat ni?)
2. Pakai tudung yang letak keronsang kat kiri kanan (tak de la minat sgt tudung labuh)
3. Pakai baju kurung ( org melayu kot)
4. Pandai masak ( kalau pandai masak tomyam tu kira ok dah la )
5. Pompuan yang baek ngan famili masing2 ( ramai kate bende ni homesick... neehhh)

6. Pakai seluar jean ( x manis, x jadik gadis melayu terakhir)
7. Pakai handbag2 yang pelik2 ( define pelik tu tak tau camne nak letak sebab memang pelik pon tgk)
8. Pakai tudung lilit (x comel, shawl bleh kira cantik jugak)
9. Pakai kasut2 tinggi (just be yourself, dah tau tak tinggi tu, x payah la nak buat2 tinggi)
10. Time dorang ngumpat... huh

As for the conclusion, define yourselves after you have list five of those. There's no indicator, just you yourselves makes the day.

P/s... yg tak suka biasanya cepat, yang suka tu lambat.lumrah la manusia. :)

mengarut tgh2 malam,
12.47 pagi

"Sesungguhnya mengarut itu lebih baik dari mencarut"
kredit to cikgu Zul :)

Tuesday, December 11, 2012

Coretan kali ini

Dalam beberapa hari ini,
semua benda jadi tak kena,
up side down semua
dengan tak sihatnya,
dengan sakit kepalanya,
dengan stressnya,
dengan rasa macam-macam rasa

pilihanraya PERUBATAN bakal menjelang,
melihat wajah-wajah baru,
Yang bersedia untuk menerajui PERUBATAN baru,
Hati sedikit lega,
Mereka-mereka ini lebih hebat,
Mereka-mereka ini lebih mantap,
Mereka-mereka ini lebih berdedikasi dalam kerja.

Tapi, tahun ini, nampak sedikit kehambaran dari pihak kami,
mungkin tahun ini dengan kesibukan,
mungkin tahun ini dengan jadual yang begitu padat buat mereka,
mereka menjadi lemah, lemah semangat
lemah untuk menunjukkan daya juang,
lemah untuk menginterpretasikan perasaan,
lemah untuk menyumbang,
lemah dari segala sudut.

Tidak menyalahkan mereka 100 peratus,
Salah aku sendiri yang tidak mampu buktikan pada mereka,
Yang aku mampu bekerja,
Yang aku mampu untuk membawa diri,
Hakikatnya aku gagal,
Dalam membawa apa yang nak diperjuangkan tahun ini,
Hakikatnya aku pembawa fitnah pada yang lain,
Hakikatnya memang aku gagal

Mungkin dengan wajah-wajah baru,
mampu untuk mengubah paradigma mereka,
mampu untuk merubah pandangan mereka,
Aku tahu dalam hati mereka,
Mereka bukan benci, tetapi mereka sayang,
Mereka bukan tak menyokong,
Tapi mereka lebih berjaga-jaga.

Pemimpin itu silih berganti
bukanlah nama pemimpin kalau tiada pengikutnya,
bukanlah nama pemimpin kalau arahannya tidak diikuti,
dan bukanlah nama pemimpin kalau tidak mendapat kepercayaan ahlinya,
 yang pasti akan teruskan bergerak dalam perjuangan,
biarpun berlainan pandangan,
terima semuanya dengan hati yang terbuka.

coretan 1.38 pagi 
12/12/12

Friday, November 23, 2012

Cinta itu fitrah, kita yang jadikannya fitnah

Anda pernah jatuh cinta?
Anda tahu apa itu cinta?
Anda sedang bercinta?
Anda sudah putus cinta?

Banyak persoalan yang timbul dari cinta, banyak juga jawapan dari perkataan 5 huruf ini. Jadi, moh sama-sama kita diskusi satu tajuk yang memang anak-anak muda suka sangat ni.*termasuk la den sekali tu*. Banyak orang mengaitkan cinta itu dengan satu perasaan yang tertaksir dek fikiran, yang tidak dapat difahami dengan pandangan orang lain dan perasaan senang apabila berada di sisi orang-orang yang dicintai.

Teringat satu kisah berkaitan dengan cinta. Si jejaka menyatakan kepada si gadis kondisi-kondisi manusia yang jatuh cinta. Makan tak kenyang, tidur tak lena, matahari jadi bulan, bulan jadi matahari and bla2. *ayat yang terlalu luga, malas nak taip*. Sedar tak sedar masyarakat kita sering kali disogok dengan kisah cinta antara si jejaka dan si gadis sehingga kenyataan cinta itu hanya untuk perhubungan antara seorang ikhwah dan seorang akhwat. Maka jadilah masyarakat yang paham tentang cinta antara 2 golongan ini, namun cinta-cinta yang lain diabaikan oleh masyarakat. Disebabkan itu kita boleh melihat remaja seawal usia belasan-belasan tahun sudah boleh 'bercinta' oleh kerana media sering kali menyuap tentang cinta itu ini.

Kita sebenarnya mangsa kepada media masa kini yang kerap kali menayangkan telemovie telemovie cinta. Media masa kini merupakan satu fitnah yang paling utama. Mengenepikan fakta tentang cinta itu menyebabkan masyrakat kini rosak, rosak dengan cinta hiburan, rosak dengan cinta manusia yang melampau-lampau. Seorang remaja berkhayal yang dia mendapat pasangan hidup yang serupa seperti dalam filem, hingga lupa tentang hakikat kehidupan. Salahkah remaja tersebut berkhayal sebegitu, kerna rasa ingin dicintai dan mencintai itu suatu fitrah, tetapi saluran untuk fitrah telah dicemari dengan fitnah.

Cerita sebenar yang dialami. Saya ada seorang adik yang agak hensem la gayanya*abg dia lagi hensem*. Nak dipendekkan cerita, dia dapat satu surat cinta. Dan umur dia baru 8 tahun masa tu a.k.a. darjah 2. Cuba bayangkan betapa teruknya keadaan masyarakat yang dikotori dengan cinta media sampai budak-budak hingusan sudah pandai berutus-utus surat, menyatakan rindu dan sayang. Kadangkala diri mahu tergelak tapi menyedari hakikat ini, perasaan takut menyelubungi diri. Persoalan yang timbul, "adakah generasi ini yang akan membawa perubahan suatu masa nanti?"

Teringat pesan Sheikh Rohimuddin tentang pernikahan antara lelaki dan perempuan. Sheikh sebut "jangan bernikah kalau tidak mahu melahirkan yang soleh". Jadi matlamat pernikahan ataupun cinta antara berlainan jantina ini bukan sekadar mahu melunaskan cinta antara kedua-duanya, tapi mahu melunaskan cinta kepada Allah dan rasulnya dengan melahirkan lebih ramai pengabdi kepada Allah dan pencinta kepada Rasul yang mulia.

Persoalan terakhir,
Di mana kita meletakkan cinta?
Adakah hanya sekadar fitrah tanpa fikrah?
sama-sama la jawab.

*entri ini tidak ada kene mengena dengan yang hidup ataupun yang telah tiada, sekadar coretan dan renungan buat kita bersama ke arah melahirkan generasi yang rabbani, generasi yang mengerti, dan generasi yang berpegang dengan satu aqidi*
AllahuA'lam 


Thursday, November 22, 2012

20 Nov 2012

Guess what?
20 Nov 2012,
Genap 25 tahun my family wujud kat dunia ni,
25 tahun perkahwinan ma dgn abah,
dan dah 25 tahun mereka,
hidup sama2, makan sama2,
and then, kami pon muncul dalam hidup mereka.
7 orang adik beradik,
yg semua memang baik-baik
bdk nie yang paling baek...hehehe


thank you Allah,
for brought us a happy family,
although one of us,
still incapable of doing like others,
I'm glad that he,
had been choose to be in the jannah,
just hope that he will bring us all along with him.

*this is my family*
*im the tallest...hahaha*

25 tahun tu satu tempoh yang panjang,
macam-macam yang berlaku,
macam-macam yang tak berlaku,
cuma berharap, 
pabila usia semakin meningkat kelak,
kami akan sentiasa rapat,
takkan gaduh-gaduh,
dan kepada kude-kude di luar sana,
jangan marah sbb itu trademark kami,
3 adik beradik atas.
*mcm mane entah bleh lekat kude ni*

talk bout family,
this my family here,
or should i say my past family,
that i'm no longer belong.
cam sedih lak ayat...hahaha

*batch asnan gamil*

well, tahun nie terpaksa kekal,
still in the first year,
perasaan di mana,
anda terasa anda tidak dapat duduk di mana-mana,
nak duk batch bawah tak serasi,
nak duk batch atas inferior giler,
but that's life, and i have to bear it.

and currently i start to think bout building up my own family,
How i will do that?
What are the preparations?
 who shall be my soulmate?
what i will do with my family?
Is my family will be the one that i dream of,
the one that will bring down the corruption in the world. 

but in the end,
just thinking about that make me realise something,
in this world, that's not our main purpose,
our purpose is to worship Allah in any way,
to be obligatory in this deen,
to make ourselves the khalifah,
if i'm destined to die young,
i just hope that 'syahid' will always be my last 
i juz hope that everything that i do,
i got bless from Allah,

okay, abih doh ngepek, napo au aku tulis panjang-panjang nie...kah3



Monday, October 29, 2012

Menyumbang itu membawa tumbang?

Manusia, memang tak pernah lari dari rasa ingin memberi.
Memberi kebaikan kepada orang. Memberi kasih sayang kepada yang lain.
Tak salah untuk aku menyatakan fitrah seorang manusia itu adalah untuk memberi.

Ramai dalam kalangan kita hari ini menyatakan yang memberi sumbangan itu perlu ada limitasinya. Perlu ada budi bicaranya. Perlu ada batasannya. Itu sememangnya betul, kerna jika seorang manusia itu hanya tahu menyumbang persada kini, orang itu bukannya seorang penyumbang yang realistik, tapi hanya penyumbang membabi buta. Tidak ada visi dan misi dalam sumbangan yang diberikannya.

"Kalau bagi ini, aku tak bleh buat apa dah lepas ni"
"Banyak bazir masa la buat benda-benda ni"
" nanti terganggu kerja-kerja lain"

Tetapi kekadang limitasi yang dibuat manusia itu terkadang cukup ekstrem. Hanya untuk sedikit sahaja sumbangan yang diberi. "cukup la tu, sikit-sikit sudah" dan seumpama dengannya. Sehingga suatu komuniti itu tidak mampu untuk digelar suatu komuniti yang berjaya. Semangat perpaduannya luntur, kerjasama antara mereka berada dalam 'red area', dan tidak mampu untuk membawa suatu kefahaman yang jelas dalam mentauhidkan kalimah syahadah.

Menyumbang itu tumbang? Suatu kenyataan yang saya kira cukup bermakna buat mahasiswa-mahasiswi masa kini. Mahasiswa yang dilihat membawa suatu pembaharuan masa dahulu kala kini kelihatan hambar dalam perjuangan. Mahasiswa yang dahulunya membawa sumbangan yang cukup besar dalam membawa masyrakat kepada suatu era yang gemilang kini dilihat sekadar mahasiswa yang berorientasikan kepada kuliah semata-mata. Bukan menyumbang yang menjadi agenda utama tetapi menjadi kera sumbang itu lebih utama buat mereka.

Melewati sejarah dahulu kala semasa zaman Nabi Muhammad S.A.W. bagaimana Saidana Abu Bakar sanggup memberikan segala harta, memberi sumbangan dari segala tenaga, bahkan keselamatannya sendiri hanya kerana keyakinannya terhadap kalimah tauhid. Cukup jelas kepada kita  bahawa kita masih kurang keyakinan terhadap janji-janji Allah. Adakah kerana sistem pada hari ini yang melahirkan masyarakat yang sebegini, dan Adakah kita mempunyai masalah dari segi fahaman akidah kita? Sama-sama tanya iman dan sama-sama kita perbaikinya.

Jadi, adakah dengan menyumbang itu kita kan tumbang? Saya kira cukup jelas dengan kenyataan di atas bahawa itu merupakan suatu keyakinan diri kita sendiri. Keyakinan kita terhadap janji-janji sang pencipta. Jikalau itu yang ditanam, takkan menyumbang itu menjadi tumbang, tapi yang menyumbang itu kan teras perjuangan. Akan tetapi limitasinya perlu ada, agar kita tidak bertaqlid buta, tidak mudah tertipu dengan manusia akan tetapi punya visi dan misi yang jelas dalam memberi sumbangan. 'Be a realistic person rather than an optimist....' 

Jom sama-sama kita menyumbang, tangan yang di atas itu lebih baik dari tangan yang di bawah. Yakinlah, sumbangan anda adalah untuk kemenangan Islam kelak. AllahuA'lam.

Friday, October 26, 2012

Tadhiyyah

Eiduladha, suatu perayaan yang cukup sinonim dalam masyarakat Islam dalam ibadat korban. Binatang-binatang berkaki empat tumpas di tangan manusia dalam mencari keredhaan Ilahi. Percikan darah dari mereka menjadi simbolik pengorbanan yang berlaku pada zaman Nabi Ibrahim A.S dan Nabi Ismail A.S. Tak berniat nak bercerita mengenai sejarah, apatah lagi aku memang lemah bab-bab bercerita, tapi lebih suka untuk aku mengambil ibrah atau pengajaran dari apa yang berlaku.

Perkataan "korban". Berkorban ertinya kita memberi sesuatu yang menjadi milik kita yang kita sayangi untuk dijadikan sebagai infaq kepada sesuatu dan pastinya berlaku pertukaran hak milik. Berkorban tenaga memberikan tenaga kepada sesorang, berkorban jiwa untuk mempertahankan negara, berkorban harta benda dalam meletakkan keperluan umat di hadapan. Semuanya benda yang kita sayang, semuanya benda yang kita susah untuk lepaskan, dan disitulah sebenarnya nilai sebenar akan sesuatu pengorbanan yakni tadhiyyah.

Dalam kehidupan seharian sebagai seorang pelajar, kita tak boleh melarikan diri daripada melakukan pengorbanan. Pengorbanan untuk sahabat-sahabat, pengorbanan dalam mengejar cita-cita, pengorbanan untuk masyarakat-masyarakat setempat. Tipu untuk anda katakan anda tidak pernah melakukan pengorbanan kerna setiap orang punya pengorbanan mereka yang tersendiri. Nak tak nak, kita kena akui bahawa pengorbanan itu merupakan salah satu 'essence'  dalam kehidupan kita. Tanpa pengorbanan manusia takkan mampu hidup, takkan mampu untuk membina sesuatu.

Menyusuri sirah Nabi Muhammad S.A.W., banyak pengorbanan yang baginda lakukan, kalau hendak dibilang memang tak terkira jutaan bintang di sekalian langit. Dengan pengorbanan baginda, kita masih mampu pada hari ini untuk mengucapkan kalimah tauhid, masih mampu untuk mempelajari akan kewujudan tuhan, dan masih mampu untuk terus berada dalam ad-deen. Pernah terfikir kenapa baginda dan sahabat-sahabat sentiasa melakukan pengorbanan dalam menegakkan syariah Allah?. Ini kerana rasa sayang dan kasih baginda terhadap kita umat nabi akhir zaman. Pengorbanan takkan berlaku tanpa rasa sayang. begitulah aturan yang ditunjukkan.

Jadi, belajarlah wahai sahabat-sahabat untuk menghayati erti korban, bukan sekadar binatang sembelihan semata-mata, tapi falsafah sembelihan itu lebih mendalam dari apa yang kita sangka. Sikap ingin berkorban perlu disemai dalam hati, moga-moga Allah membalas dengan kasih sayangnya di akhirat kelak.
Jom sama-sama ke syurga.... AllahuA'lam 

Thursday, October 25, 2012

FAQ about musyrif

Q: Apa itu mushrif?
A: Mushrif adalah dalam kalangan ikhwah yang tanggungjawabnya menjaga keselamatan terutama sekali akhwat(wanita) pada waktu malam. Macam bodyguard la. untung, tak jadi orang kenamaan pon ada bodyguard

Q: Apa tugas mushrif?
A: Seperti dalam definisi, menjaga keselamatan akhwat terbabit sepanjang perjalanan sehingga ke destinasi yang hendak dituju.

Q: Macam mana nak dapatkan mushrif?
A: Semua ikhwah-ikhwah boleh menjadi mushrif, tapi yang sebaik-baiknya call mushrif yang berdaftar. Mushrif-mushrif berdaftar ni lebih thiqah, lebih tawaddu' dan macam-macam lagi la. senang cerita boleh dipercayai la. Call boypren untuk dijadikan mushrif adalah dilarang sama sekali. Jaga ikhtilat tuan-tuan.

Q: Apa kebaikan anda pakai mushrif?
A: Mushrif as your protector. Kalau ada kes-kes yang berlaku, muhsrif la first defence akhawat-akhwat ni. Untung akhwat-akhwat ada orang jaga. Anda akan merasa selamat tanpa gangguan dari pakcik-pakcik, orang-orang muda yang gatal kat sini.

Q: Kenapa nak pakai mushrif?
A: "kalau jadi apa-apa kat hampa, jangan duk buat sedih-sedih la" jawapan dalam hati je la ni. Kenapa nak pakai mushrif. Orang belajar dari sejarah, kerana sejarah banyak mengajar kita untuk tidak mengulangi kesalahan-kesalahan yang lalu. Macam tu jugak hal yang berkaitan dengan mushrif. Kes-kes yang lepas yang berlaku menyebabkan langkah pencegahan diambil.

Secara ringkas Q&A berkenaan mushrif. kalau rasa tak puah hati apa-apa. Moh le kite berdebat. Nak tengok mana lagi power buleh la try. Konklusinya, Akhwat gunalah mushrif, and ikhwah bersedialah untuk jadi mushrif. Ini merupakan salah satu langkah dalam melahirkan biah solehah dalam kawasan kita. Tak payah nak cakap nak bawak Islam, kalau suasana Islam pon kita tak nak buat...AllahuA'lam

Friday, October 19, 2012

I am me

Ingat pepatah melayu,

'Melentur buluh biarlah dari rebungnya'

Nak mendidik, kena dari kecik
Nak mendidik, kena cara yang betul
Nak mendidik, kena jadi sorang pendidik

I am me because of them,
mengajar tanpa penat lelah,
sentiasa tahu apa yang terbaik buat kami,



Orang pernah tanya saya, kenapa saya selalu tak ponteng kelas. Dulu-dulu time aku tadika, selalu malas pergi kelas. Ma selalu marah tapi apakan daya, anaknya yang sorang nie memang degil.
*time kecik2 je la, skrg baek..hehehe*
Nak dijadikan crite, aboh balik awal ari tu, terus bedal den...hahaha, padan muko.
Benda tu jadi pengajaran utk aku sampai le skrg.. dh berbelas tahun.

Nak katanya kat sini, parents betul2 maen peranan penting dalam didik anak-anak. Bila anak-anak soleh solehah yang dihasilkan, masyarakat pon insyaAllah akan jadi masyarakat yg soleh dan solehah. Sebab itu sampai sekarang tak berani nak ambik step untuk masuk bait muslim, sbb aku yakin aku masih tak mampu nak jadi seorang pendidik buat masyarakat. Tak nak keluarga yg dibina bukan menjadi penawar masyrakat, tapi menjadi perosak ummah di kemudian hari

Lastly, tengok video ustaz Don nie, moga2 memberi manfaat. Berbakti kepada ibu bapa tu wajib ye.


*insyaAllah, ke syurga bersama-sama*



Saturday, October 6, 2012

nama pon orang

Manusia memang sedap-sedap mulut je nak kata macam-macam. 
Time aku gagal dalam Exam first year dentistry

"tu la ko tak stadi awal-awal"
"tu la ko asyik maen2"
"tu la ko join lagi persatuan"
"tu la ko .... bla bla bla"

Mereka tak tau yg aku

"stadi siang malam"
"aku join persatuan sbb org2 hebat macam korang x nak join"
"time2 exam acap kali demam*mesir nie panas*"
"hampir pitam lepas exam fisio baru2 ni"
"tiap2 hari sakit kepala"

Tapi aku senyum je la. Memang dah natural aku untuk sentiasa hepi. 
Walaupun dalam hati hanya tuhan yg tahu.
Ramai yang tak tahu, aku paling garang dalam famili aku. Tapi Dgn org lain,
aku sentiasa kompromikan dorang
"tak pe la"
"boleh je"
"no hal lah"

MANUSIA TETAP MANUSIA....
and I'm one of them....



Saturday, September 29, 2012

Surat buat sahabat-sahabat Ana

Salam...
Terlebih dahulu maafkan ana andai kalam ana di sini menggangu kehidupan kalian. Bukan niat untuk menggangu apa lagi menyerabutkan kalian. Just want to say how lucky i am just to be with all of you. Mungkin ada orang akan kata,  kita bajet ,ukhuwwah geli-geli dan sebagainya tapi  hanya kita 10 orang yang tahu hakikat sebenar ukhuwwah kita. Maen sama-sama, usrah sama-sama, solat berjemaah sama-sama, dan macam-macam lagi, semuanya sama-sama.

Sahabat-sahabat...
Ukhuwwah itu merupakan tautan daripada Allah. Terbinanya di sini atas dasar kita sekelas, kita sekuliah dan kita seuniversiti. Tapi sahabat-sahabat, jangan limitkan makna ukhuwwah itu atas dasar itu saja. Ukhuwwah yang sebenar letaknya pada pegangan kita bersama-sama dalam fahaman aqidah dan pemahaman tentang Islam itu sendiri. Pegang ayat ini betul-betul agar segala kehidupan kita tak lari dari makna dan tujuan asal kita dihidupkan di muka bumi ini. "Tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepadaku". Jadi sahabat-sahabat, ingat tujuan kita, walau setinggi mana kita berada, walau seteruk mana kita jatuh, ingatlah akan ubudiyyah kepada Allah S.W.T. itu yang paling utama.

Sahabat-sahabat...
Ana bukan seorang yang hebat berbicara, ana bukan seorang yang hebat memberi nasihat, jauh lagi kalau nak dibandingkan dengan sahabat-sahabat yang lain. Namun, suka ana katakan bahawa ukhuwwah kita ini akan diuji. Mungkin kita akan lupa sesama kita, mungkin kita akan tak ambil berat akan sesama kita dalam 2 atau 3 tahun dari sekarang. Masa itu baru sahabat-sahabat akan sedar atas dasar apa pegangan ukhuwwah yang sahabat-sahabat bina dalam hati sahabat-sahabat. Andai yang ditanam itu benih cendawan, pasti kan tumbuh cendawan di kemudian hari.Andai di hati itu ukhuwwah nya kerna Allah, maka bertemu dan berpisah kita jua kerna Allah. InsyaAllah

Sahabat-sahabat...
Di sini juga ana bagi sekeping nasihat buat sahabat-sahabat, moga-moga berguna buat masa depan sahabat-sahabat. Ingat sahabat-sahabat, hidup ini tak lama. Selagi kita mampu memberi, kita beri sedaya yang boleh. Cuba untuk menyumbang kepada masyarakat sekeliling, bukan sekadar menjadi penonton. Di sini kita punya satu wadah, satu persatuan, PCT itu sendiri. Jangan dalam hati sahabat-sahabat ada terdetik yang persatuan itulah yang memecahbelahkan kita 10 orang. Ana rasa cukup jelas ana nyatakan yang ana masuk dalam persatuan untuk menyatukan hati-hati kita, nak menyatukan hati sahabat-sahabat di sini. Jangan kedekut dalam membuat amal, cuba sedaya upaya untuk menyumbang pada masyarakat kita di sini. Kita takkan tau apa amalan kita yang diterima oleh Allah, mungkin dengan sekelumit tenaga mengangkat barang itu pun sudah dikira mulia di sisi tuhan. insyaAllah.

Akhir kata,
Sambut Salam dari ana, hamba yang kerdil ini. Kita cuma dipisahkan dengan tidak sekuliah. Ana mungkin punya masa yang panjang tahun ni. Kalau sahabat-sahabat ada kesusahan, insyaAllah ana akan tolong sedaya yang mungkin.Kalau nak suruh masak hari-hari pon boleh, tapi bahan-bahannya sahabat-sahabat sediakan sendiri la ye. :)

Wallahua'lam....

Tuesday, September 25, 2012

25 September 1992

Alhamdulillah, hari nie dapat sambut ulang tahun kelahiran yang ke 20.Whoaaa, dah tinggal angka-angka belasan itu. No more sweet 19. Kena lebih matang buat keputusan, kena lebih pandai menutur kata-kata, kena lebih pandai dan pandai dan pandai dalam semua benda.

Banyak lagi benda-benda yang tak tercapai dalam hidup nie
1. Nak habis stadi
2. Nak jadi doktor gigi
3. Nak jadi pakar ekonomi
4. Nak jadi anak mithali
5. Nak Cari isteri
*no 5 patut jadi no 1...hehehe*

Tapi sedih bila memikirkan apa yang dah dibuat sepanjang 20 tahun hidup. Bila tengok masyarakat kat Malaysia, tertanya-tanya apa la yang aku buat sepanjang 20 tahun ni. dengan isu gangnam nye, dengan isu politiknye, dengan macam-macam isu yang ada. Kadang-kadang rasa malas nak ambik tahu,tutup buku, tido. Tapi bila ingat balik kata-kata ustaz-ustaz kat sini, terpikir jugak di hati

"Islam itu akan menang tak kira adanya kita atau tanpa kita, itu janji Allah.
Rugilah orang yang tidak bersama-sama dengan perjuangan"

Tapi aku sedar yang apa yang kita buleh buat kalau sekadar berfikir, merenung, dan sebagainya. An action must be taken!!. Kena mendalami ilmu-ilmu yang ada, especially yang berkaitan dengan agama. Supaya penerangan boleh diberikan, supaya masyarakat boleh terima apa yang terbaik untuk mereka. Bila dah meningkat umur ni, terasa satu amanah untuk bawa Islam tu lebih, untuk bawa fahaman itu ke arah yang syumul.

Last but not least, bila dah meningkat umur ni, kena la selalu ingat kubur. Nak tak nak, manusia kan mati. Kita semua yakin dengan qada' dan qadar tuhan, tapi berapa ramai yang betul-betul ambik peduli. Dengan amalan nya yang tak seberapa, dengan subuh dinasournya, dengan bacaan yang tak betulnya, macam-macam lagi la yang tak kena. Teringat satu kalam yang berbunyi "masuknya seseorang itu kedalam syurga bukan kerna amalannnya, tetapi masuknya seseorang itu dengan rahmat dari Allah". Kita dengan amalan yang memang tak seberapa, dengan dosa yang bertimbun-timbun, agaknya layakkah kita mendapat rahmat Allah.Sama-sama lah muhasabah diri.

Dari,
Kalam orang yang berumur 20 tahun...
*macam poyo je*

Sunday, September 23, 2012

Muhasabah itu satu kewajipan...

Kadang-kadang,
Kita merasa sombong dgn keadaan kita,
Harta yang kita ada,
Keluarga yang kita miliki,
Kawan-kawan di sekeliling kita.
Anggota tubuh yang lengkap,
Kaki tangan, semua cukup,
Masih boleh berbicara,
Boleh menuturkan kata-kata,

Tapi sedarkah kita,
Akan tanggungjawab yang besar,
Terpikul di atas bahu masing-masing,
Amanah yang di bawa,
Sejak kecil hinggalah dewasa,
Angka 0 hingga berpuluh-puluh,
Merangkak hingga berkaki,
Dari buaian sampai ke liang.

Hari ini aku gagal, 
Gagal dalam mengejar cita,
Gagal dalam persahabatan,
Gagal dalam berkasih sayang,
Gagal dalam percintaan,
Gagal dalam setiap urusan.

Tapi dari saat ini,
Mulai sedar akan hakikat ini,
Kadangkala gagal itu maksudnya berjaya,
Jatuh itu kan ada bangunnya,
Rendah itu kan ada tingginya,

Sungguh,
Gagal itu suatu yang cukup pahit,
Tapi muhasabah itu sentiasa,
Menjadi madu dalam kepahitan.


*Sedih bila mengenangkan aku gagal dalam mengekalkan keadaan keluarga kami di sini. Rasa cukup bersalah bila benda nie berlaku. Mungkin masih tak cukup usaha aku, mungkin rasa pentingkan diri tu masih dalam diri, mungkin aku memang tak mampu untuk buat semua ni... Mintak maaf dari aku buat antum antunna sekalian. semoga ukhuwwah aqidi masih dipegang dan semoga terus thabat dalam perjuangan. Ingat, hari nie mungkin orang lain yg jatuh, esok lusa tak de sape yang tahu*

Tuesday, September 18, 2012

Jatuh cinta or jatuh pada nafsu

Pengalaman lalu...
Aku sering terpandang wajah si dia,
Namun tak mampu terungkap dek kata,
 wajahnya, keayuaannya, kecomelannya.
 Everything's PERFECT!!!.

Hari-hari,
pasti kan tertaip mesej,
pesanan sayang dan rindu,
pamerkan rasa kasih dan sayang.

Tapi itu dulu, 
Kini aku lebih tahu,
Apa itu cinta,
Apa itu nafsu,
Sungguh pengalaman lalu,
Mengajar seribu erti

Antara cinta dan nafsu, kadangkala ramai yang kata. Dua-dua benda nie benda yang sama ja. tapi takrifan seseorang itu berbeza. Bagi aku yang tak berapa tua nie, aku lebih melihat nafsu itu mendahului cinta. Kerana kalau betul-betul cinta itu dipamerkan, pasti semua kan bahagia dalam dunia. Sungguh orang kata pabila kau jatuh kepada nafsu, pasti kan buta mata. Pasti yang A itu menjadi B, yang B itu menjadi C. Pasti kan terbayang si rupawan di mana-mana.

Sekarang, langkah berjaga-jaga perlu. Agar mata, telinga, lidah, perut, kemaluan, tangan dan kaki terpelihara. Pabila terjaga anggota luaran, pasti kan terjaga yang didalamnya yakni hati. Hati mudah berbolak-balik. Kadang-kadang itu, kadang-kadang ini. Soal hati  tak perlu diikut 100%. Perlu ada rasional dalam setiap perkara. Yang membezakan kita antara haiwan itu adalah akal, jadi pamerkan perbezaan itu. Jangan jadi seperti haiwan-haiwan itu, malah lebih teruk dari mereka.

Dan balikkanlah hati kepada tujuan asal diciptakan. Menjadi khalifah di muka bumi. Bukan menjadi sampah.

"dan tidak aku ciptakan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadat kepadaku"

AllahuA'lam.

Saturday, September 1, 2012

Pahit itu manis

Orang kata bila dah jatuh tersungkur, baru kita tahu nikmatnya berada di posisi sebelumnya. Bila kita merasai garam, baru terasa masinnya. Itulah asam garam dalam kehidupan. Pabila kita ditimpa suatu musibah, barulah kita bermuhasabah. Sungguh cantik aturan yang ditetapkan oleh Allah. Ibarat siang berganti malam, sejuk berganti panas, kelahiran dan kematian semuanya adalah aturan yang ditetapkan Allah. Kadang-kadang terfikir adakah sunnatullah yang ditetapkan Allah ini hanya sia-sia semata-mata. Allah tidak akan menciptakan sesuatu dengan sia-sia, hatta seekor lalat pun berguna untuk kehidupan seorang yang bergelar insan di dunia ini.

Kalau putus asa itu adalah hentian kita yang terakhir di dunia ini, adakah mampu untuk kita peroleh syurga Allah di akhirat kelak. Ramai yang berkata, kegagalan itu adalah kejayaan yang sebenar untuk seorang manusia. Bunyinya pelik, tapi hakikatnya sebegitu. Dari kegagalanlah kita merancang strategi-strategi baru, dan bergerak dengan lebih berhati-hati. Every steps have it's own obstacle, but just remember that if you don't take the future step, you will end up being at the same place. You will end up being the SAME you.

Tapi kadang-kadang dalam merealisasikan kejayaan diri, perlu di ingat bahawa kita perlu menjadi seorang yang berada di bumi yang nyata, bukan hanya memikirkan kata-kata manis semata-mata. Motivational quotes memang cukup banyak menjadi kegilaan remaja masa kini. Kata-kata seperti 'kegagalan adalah langkah pertama anda untuk mencapai suatu kejayaan yang lebih besar di masa akan datang' , 'an obstacle is one that make you stronger' dan macam-macam lagi sentiasa meniti di bibir. Namun perlu diingat bahawa kalau sekadar manis di bibir, tapi tiada tindakan susulan, maka tak da papa jugak.

"Motivational quotes is best to be heard, but make some action from it.Otherwise, you will just end up being  an optimist rather than being a realistic person"

ok, stadi lak. Exam menjelma 11 & 12 September. Semoga Allah permudahkan segala urusan kami. Amin ya rabb. Terima kasih buat rakan-rakan yang sentiasa mendoakan kami, kita jumpa nanti di tahun 2!!!.


Friday, July 20, 2012

The last message

Salam....

Lama tak menulis, bukan takde idea nak tulis apeape, tapi kekangan masa n tugas buat masa tu nampak sedikit tak menyebelahi diri nie. Alhamdulillah, hari nie masih dikurniakan nikmat oleh Allah Subhanahuwataa'la , nikmat Iman, nikmat Islam, nikmat nyawa, dan macam-macam nikmat yang memang tak terkira dek jari yang 10 di atas dan 10 di bawah ni. Dan Alhamdulillah jugak tahun nie masih dikurniakan Allah untuk meneruskan ibadat puasa di bulan Ramadan di mana bulan puasa ni, commonly orang akan tahan lapar dan dahaga dari terbit fajar sampai terbenam matahari. Bukan nak cakap panjang pasal puasa pon kat sini. Ambik masa bagi tazkirah sikit... ^_^

Nak share sikit satu cerita, n ni crite benar, x dak nye aku nak tipu orang nie... dah la bulan pose kan.

Banyak kematian yang berlaku dalam persekitran hidup. Tak kira tua, tak kira muda. Andai sudah sampai masa, tak mampu dilewatkan sesaat dan tak mampu diawalkan walau sesaat. Menunjukkan betapa precisenya kematian yang telah ditakdirkan pada setiap hambanya. Tiba-tiba teringat pesan tok ki sebelum arwah meninggal 3 tahun lepas, time tu form 5. Sebelum tokki meninggal tu sempat pergi lawat dengan ma. masa tu g rumah tokki dgn ma je, 2 org. Masa tu tokki pon doh tak larat doh. sedih tengok tokki masa tu. Dipendekkan crite, sebelum balik rumah malam tu, sempat la bercakap dgn tokki. sebelum balik tu, tokki pesan satu je. Jaga la anak dia baik-baik, ma la tu. aku pon jawab insyaAllah.

Dah sampai rumah, tgh malam tu dapat call tokki dah tak de dah. tak tau nak kata, lidah kelu. dah la masa tu yie dengan kak long x balik lagi nak lawat tokki. Cerite kat kak long and yie buat aku lagi sedih. setelah lama tak menitiskan air mata. Tak nak la crite panjang-panjang pasal kesedihan sebab prinsip Life must go on tu sentiasa menjadi prinsip utama dalam hidup. Setiap yang hidup, pasti kan menemui ajal. Cuma nak crite kat sini cam mane wasiat seorang datuk kepada seorang cucunya suruh jaga anak dia baik-baik. InsyaAllah akan selalu diingati sepanjang hayat. Akan cuba menjadi anak yang sesoleh yang mungkin, insyaAllah, biiznillah....

Jaga Mok molek2 deh.......
Al- fatihah buat tokki.......