Friday, November 23, 2012

Cinta itu fitrah, kita yang jadikannya fitnah

Anda pernah jatuh cinta?
Anda tahu apa itu cinta?
Anda sedang bercinta?
Anda sudah putus cinta?

Banyak persoalan yang timbul dari cinta, banyak juga jawapan dari perkataan 5 huruf ini. Jadi, moh sama-sama kita diskusi satu tajuk yang memang anak-anak muda suka sangat ni.*termasuk la den sekali tu*. Banyak orang mengaitkan cinta itu dengan satu perasaan yang tertaksir dek fikiran, yang tidak dapat difahami dengan pandangan orang lain dan perasaan senang apabila berada di sisi orang-orang yang dicintai.

Teringat satu kisah berkaitan dengan cinta. Si jejaka menyatakan kepada si gadis kondisi-kondisi manusia yang jatuh cinta. Makan tak kenyang, tidur tak lena, matahari jadi bulan, bulan jadi matahari and bla2. *ayat yang terlalu luga, malas nak taip*. Sedar tak sedar masyarakat kita sering kali disogok dengan kisah cinta antara si jejaka dan si gadis sehingga kenyataan cinta itu hanya untuk perhubungan antara seorang ikhwah dan seorang akhwat. Maka jadilah masyarakat yang paham tentang cinta antara 2 golongan ini, namun cinta-cinta yang lain diabaikan oleh masyarakat. Disebabkan itu kita boleh melihat remaja seawal usia belasan-belasan tahun sudah boleh 'bercinta' oleh kerana media sering kali menyuap tentang cinta itu ini.

Kita sebenarnya mangsa kepada media masa kini yang kerap kali menayangkan telemovie telemovie cinta. Media masa kini merupakan satu fitnah yang paling utama. Mengenepikan fakta tentang cinta itu menyebabkan masyrakat kini rosak, rosak dengan cinta hiburan, rosak dengan cinta manusia yang melampau-lampau. Seorang remaja berkhayal yang dia mendapat pasangan hidup yang serupa seperti dalam filem, hingga lupa tentang hakikat kehidupan. Salahkah remaja tersebut berkhayal sebegitu, kerna rasa ingin dicintai dan mencintai itu suatu fitrah, tetapi saluran untuk fitrah telah dicemari dengan fitnah.

Cerita sebenar yang dialami. Saya ada seorang adik yang agak hensem la gayanya*abg dia lagi hensem*. Nak dipendekkan cerita, dia dapat satu surat cinta. Dan umur dia baru 8 tahun masa tu a.k.a. darjah 2. Cuba bayangkan betapa teruknya keadaan masyarakat yang dikotori dengan cinta media sampai budak-budak hingusan sudah pandai berutus-utus surat, menyatakan rindu dan sayang. Kadangkala diri mahu tergelak tapi menyedari hakikat ini, perasaan takut menyelubungi diri. Persoalan yang timbul, "adakah generasi ini yang akan membawa perubahan suatu masa nanti?"

Teringat pesan Sheikh Rohimuddin tentang pernikahan antara lelaki dan perempuan. Sheikh sebut "jangan bernikah kalau tidak mahu melahirkan yang soleh". Jadi matlamat pernikahan ataupun cinta antara berlainan jantina ini bukan sekadar mahu melunaskan cinta antara kedua-duanya, tapi mahu melunaskan cinta kepada Allah dan rasulnya dengan melahirkan lebih ramai pengabdi kepada Allah dan pencinta kepada Rasul yang mulia.

Persoalan terakhir,
Di mana kita meletakkan cinta?
Adakah hanya sekadar fitrah tanpa fikrah?
sama-sama la jawab.

*entri ini tidak ada kene mengena dengan yang hidup ataupun yang telah tiada, sekadar coretan dan renungan buat kita bersama ke arah melahirkan generasi yang rabbani, generasi yang mengerti, dan generasi yang berpegang dengan satu aqidi*
AllahuA'lam 


No comments:

Post a Comment