Thursday, June 16, 2011

Polymer dan kita....

Semalam baru habis exam chemistry, memang agak cuak la dengan exam2 nie. Dah la gap 2 hari je lepas exam zoology. Maka aku pun pulun la sehabis2nya. Boleh kate 2 hari tu adalah hari paling aku jadi rajin untuk stadi.hahaha. Antara komponen2 dalam subjek chemistry nie yang aku belajar ada physical n general chemistry, polymer, and organic chemistry. Tapi antara subjek dalam chemistry yang aku suka ialah POLYMER!!!..

Dalam polymer nie, aku belajar macam2 reaction nak buat plastik. Bukan senang tau nak dapatkan plastik yang korang duk buang hari2 tu. Macam2 proses yang terlibat untuk menjayakan polymer. So, terang la sikit macam mane polymer tu berlaku kan.

"It start with an initiation process, and then proceed to propagation and lastly termination. When we talk about initiation, we talk about Free radical. So, how can we obtain the free radical??... Let me take one example of the initiator,which will be benzoyl peroxide. Light can provide energy to break the benzoyl peroxide to two free radical in the presence of monomer. What will happened then??...



And then the free radical will strike the monomer and the propagation process begin. This is when the activated monomer strike another monomer and a long chain of monomer is form. Proceed to the next step, the termination process. In this situation, the polymer's active site will be inhibit by other monomer or other element and the reaction stop....

Paham ke tak??..so, ape kaitan polymer nie dengan kita...adakah sekadar membekalkan plastik2 dalam kehidupan kita??.

Let's take a review of this from a different aspect

Mengimbau sejarah Rasullullah S.A.W., dalam sejarah dakwah Islam. Segala-galanya bermula dengan dakwah Rasullah, kemudian kepada sahabat, kemudian pada zaman khalifah2 Islam dan sehingga sampai la ke zaman kita sekarang, zaman dunia akhir zaman. Dakwah tersebut masih berkembang dan terus berkembang. Namun dalam usaha berdakwah, terdapat pihak2 yang sengaja atau cuba untuk menjatuhkan proses dakwah ini.

berbalik kepada polymer tadi, macam mana Rasullah membuat initiation process kepada para sahabat2 pada zaman nabi dan kemudian rantaian2 dakwah itu mengalami proses propagation di mana dakwah2 Islam terus berkembang sehingga merentasi seluruh dunia pada masa kini. Proses propagation ini akan terus berkembang dan terus berkembang sehingga kita akan dapat lihat Islam bangkit kembali nanti..insyaAllah. Termination??
Musuh2 Islam sentiasa cuba untuk meng'terminate'kan proses dakwah tersebut. Apabila ada cubaan untuk membawa Islam, maka golongan2 ini akan terus memainkan peranan mereka agar rantaian2 dakwah ini dapat dihentikan dan tidak akan muncul lagi Islam dalam dunia ini. Namun, usaha mereka akan terus gagal kerana takkan Islam hilang dalam dunia ini... Allah akan memastikan Islam itu terus tertegak di dunia ini, sehinggalah hari kiamat kelak. Akan muncul golongan2 yang akan mempertahankan Islam biarpun mereka hanya minoriti dalam masyarakat mereka...

Jadi, sekarang korang nilai diri korang tu, kat mana korang berada... adakah korang berada pada golongan2 yang betul atau korang tergolong dalam golongan2 yang meng'terminate'kan dakwah Islam...renung2kan

Maka sampaikanlah dariku walaupun dengan satu ayat....
Sekadar renungan bersama... AllahuA'lam

Tuesday, May 24, 2011

Andai masa dapat berputar...

Kita sering kali tak berpuas hati dengan apa yang berlaku dalam hidup...kata2 seperti, kalau la aku bleh putar balik masa, aku akan berubah...dan seumpama dengannya akan keluar dari mulut tuan2 dan puan2. perkataan 'kalau' itu sendiri sudah menunjukkan yang bende tu mmg susah dan kadang2 mustahil untuk dicapai...

Perkataan 'Kalau' itu sendiri sudah membuka ruang untuk syaitan2 bertapak dalam hati manusia. Mula timbul rasa tidak puas hati dengan takdir n kadang2 manusia menyalahkan pulak Sang pencipta atas apa yang berlaku... "Kalau la aku boleh putar balik masa, aku nak jadi rajin2, tapi bile pikir2 balik...rase tak puas hati pon ade, kenape la nasib aku macam nie...." sungguh jahil kita....

Berkait dengan masa pulak... Allah telah bersumpah dengan masa yakni dalam surah Al-Asr:
"Demi MASA, sesungguhnya manusia itu dalam KERUGIAN, kecuali orang2 yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran".. betapa besarnya masa dalam hidup sesorang...
satu saat yg berlalu takkan dapat di backwardkan apatah lagi jarak masa yang lama...setahun, dua tahun, bertahun2....

Jadi, memang masa tu takkan dapat berputar balik... buat la macam mane pon, sampai "abih reng" sekalipun, bende tu takkan berlaku. Jadi, hargailah masa... jangan kita termasuk dalam golongan2 yg berada dalam KERUGIAN...

AllahuA'lam....

Saturday, April 30, 2011

Jiwa kacau....

Minggu lepas, kekeliruan berlaku dalam diri... JIWA KACAU!!!!..

aku pon x tau knape jadi camnie, maybe mood x brape nak baek kot. aku suka duk sorang2 dalam gelap...macam org psycho tu...hahaha

ape2 pon, dengan bantuan sahabat2 yang memang 'membantu'... akhirnya, kenal balik dengan diri sendiri. Antara teknik2 yg bleh di buat pabila berlaku jiwa kacau yang aku selalu buat...

1. makan sorang2
2. jalan sorang2
3. makan ramai2 tapi jangan cakap ape2
4. duk sorang2 dalam bilik gelap, pastu bukak lampu study
5. pastu bukak fikiran seluas-luasnya...
6. pastu bukak semua box2 yg serabut dalam kepala tu
7. n then cakap la sorang2...*ni optional*
8. Last sekali, p la bace Al-Quran... n then zikir...

The conclusion is:

Kembalilah kepada PENCIPTA kita, jangan la sombong...
Sesungguhnya kesombongan kita tu takkan bawak kita ke mana2, bahkan mudarat pada diri... Allahua'lam...

Monday, April 18, 2011

18 April 2011....

Hari nie x de pape yg pelik berlaku...

Bangun tido...
pergi gam'ah
belajar
makan
balik rumah

hari2 sekarang semakin letih... semua mau sumbat dlm kepala!!!... ingin sekali aku pergi kat lecturer tu and then cakap STOP!!!!...tapi x bleh le buat camtu, kan x de berkat plak nak blaja kan...hmmm...

Berbalik kepada tarikh hari nie, hari nie aku pon x tau ape yg aku tgh tulis nie... juz nak tekan2 je keyboard nie...salah satu care hilangkan stress!!!..oh, yeah!!!...

KEMALASAN!!!!!.............

Saturday, April 16, 2011

6/10

Apebende 6/10 tu...tu la markah histology aku utk mid term baru2 nie...the LOWEST!!!! again the LOWEST!!!!...entah la, ape la aku buat sampai dapat the lowest tu. Rasa2nya Histo la yang paling banyak sekali aku buat revision...tengok sahabat2 yg laen dapat tinggi menyebabkan aku rase mmg diri aku nie sorang yang tak guna...

Aku pon teringat macam mane aku masa SPM dua tahun lepas, subjek yang paling aku x leh nak terima dengan akal PHYSICS... ni la salah satu sbb knape aku tolak nak ambik engineering...*last2, kene blaja fizik gak kat sini..hahaha*... aku punye la x paham apebende dalam fizik tu sampai lebih sepuluh kali aku bace bende yang sama berulang kali...memang agak seksa... hmmm, agak2 kene buat cam nie gak kot utk histo nie

Dah la aku AJK subjek untuk Histology, aku plak yang paling rendah...memang agak memalukan di situ. tapi aku sentiasa ingat pesanan insan tersayang, walaupun kita dapat result brape2 pon, redha je dengan ape yg ditakdirkan... mungkin itu balasan atas perbuatan salah kita...well, who knows... Allahua'lam..

Thursday, April 7, 2011

Aku sering lupa....

Aku sering lupa,
Lupa pada tanggungjawab,
yang mana telah termaktub,
dalam perjanjian itu....

Aku sering lupa,
Lupa pada amanah,
amanah yang lebih berat,
berbanding sebuah gunung itu...

Aku sering lupa,
Lupa pada peranan,
Yang sentiasa seiring dengan diri,
hingga ke penghabisan.....

Aku sering lupa,
Lupa pada tujuan,
Tujuan aku 'ada',
ada untuk segala-galanya....

Monday, March 28, 2011

29 Mac 2011...

I have what I have and you have what you have...

so, STOP COMPLAINING!!!!

Be Grateful of who you are....

You still have free time to do what you want to do,
You still have family whom you can count on,
You still have friends who always support you,
You still got the air to breath in,
You still got your foods to swallow in,
You still got your books for your study,
You still got your allowance for your expanses,
You have EVERYTHING....

But most of all

You still have ISLAM in your HEART...

INSYAALLAH

ALLAHU'ALAM...

Tuesday, March 22, 2011

Moody o moody...

knape la aku selalu x de mood sekarang...nak wat ape2 pon susah... betul la kate orang, laki x bleh terlalu sentimental...kelak memakan diri...btol ke x tak tau la...

orang kate bile stress, kene banyak senyum n bende tu la yang selalu aku buat sampai kadang2 org menyampah tengok aku...hahaha. anyway, kalau niat senyum tu sedekah dapat pahala tau...so, banyakkanlah senyum, bukan kene bayar pon...kan3.

Dan orang kata kalau stress lagi, fikirkanla bende yang paling menenangkan. memandangkan aku nie memang suka angin pantai, so fikir la bende tu. laen orang laen cara, depend la....

n last but not least kalau stress p la ambik air sembahyang, pastu sembahyang sunat..dapat pahala lagi, tengok, dalam musibah Allah bagi tu, banyak bende yang kita bleh buat untuk dapat pahala. Allah x kan bagi ujian kepada hambanya kalau hambanya x dapat nak tampung musibah tu... betapa besarnya Nikmat kurnian Ilahi kan...

Dan kalau stress jugak, cek balik diri kita..bak kate Muslim..hehehe "mesti ko x tau aku guna name ko...hahaha".. ape2 pon, think positive ok... Wallahua'lam

*post ni untuk direfer kepada diri sendiri*

Monday, March 21, 2011

Post yg ke-seterusnya......

Hari nie kat kelas ade tazkirah, tajuknya mak ayah. Cara-cara beradab dengan mereka...
Golongan yang amat penting dalam kehidupan seseorang manusia, mak ayah, mummy daddy, abi ummi, n ikut korang la nak panggil ape pon, nafsi2. Antara point yang diberi, bila mak ayah dah tua nanti, kena la pandai jaga mereka. Ada la kisah orang yg x jaga mak die.... Bagi aku la, mak ayah ni buleh diibaratkan seperti harta dunia, maka kalau diorang x de...x de la harta kita. Teringat pesan mak dulu2, kita pergi la ke mana2 pon perangai kena jaga. Aku pon tanye la sebab ape... sebabnya bila perangai kita teruk, bende tu akan dapat balik kat mak ayah. Mungkin mak ayah akan dipandang rendah oleh masyarakat, nak didik anak pon x pandai...lebih kurang cam tu la... sebab tu la kalau korang ade kat mane2, pandai2 la behave ye...hehehe

Lepas tu plak, antara point yg dia bagi for pelajar luar negara nie, pandai2 la contact parents. seriusly, bila point nie diutarakan, terasa gila. *terus aku balik kelas tepon mak ayah aku*...hehe tu la peranan tazkirah, ingat memperingati antara satu sama laen. Kiranya objektif tazkirah tu tercapai jugak la kat aku...kat orang laen aku x tau, nafsi2 la ye.... Ade la jgk yg kate kalau tepon mak ayah selalu tu, orang homesick... tapi aku rase la kan, kalau orang yang ade nilai kekeluargaan camtu, InsyaAllah aman dunia...memang x de dah orang yg akan hantar mak ayah kat rumah orang-orang tua. tak tau la, juz my mere opinion je.

Last but not least, Hormatilah mak ayah kita...tanpa diorang siapalah kita... tak kan berjaya kemana-mana, merempat entah ke mana....Tu saje, tapi sebelum tutup post nie, aku pon nak ucap la selamat mengambil result utk semua student SPM 2010 especially tuk Junior2 Tok Jiring, insyaAllah Bittaufiq Wannajah... dah dapat result nanti, bgtau la aku ye... Wallahua'lam...

Saturday, March 12, 2011

lalalala.....~

seperti biasa, alasan yg digunakan...cbuk... padahal x de sibuk mane pon...
so x de pape nak crite...nak menulis pon dh malas skrg, maklumlah aku bukan suka tulis diari2 kehidupan aku kat blog nie, biarlah ia menjadi rahsia antara aku dan sang pencipta... nak tulis yg fakta2, org kate skima, nak tulis sajak, org kate jiwang...so, jadi malas nak menulis ape2... hahaha... Alasan tetap alasan, Fahmi2...
Bak kate org, kalau nak puaskan hati semua org, alamatnya x dpt hidup le kite.

Ape2 pon aku dh ade kat Mesir balik selepas bercuti x sampai sebulan...hehe, balik malaysia FREE!!!..hahaha...best owr... harap2 lepas nie arab2 Mesir ni pandai2 le berubah, walaupon aku tgk depa mcm lebih kurang je dari sebelum nie...hahaha

Tu je la...malas nak berceloteh panjang...

Sunday, January 2, 2011

Welcoming 2011

Selamat datang 2011, selamat tinggal 2010... macam tu la kehidupan, setiap pertemuan pasti kan ade perpisahan. ape2 pon memori dalam 2010 tetap akan jadi sejarah, x kan berulang kembali walaupun sesaat waktu dalam 2010 tu. Memori time dapat results SPM, ambik lesen kereta, masuk INTEC n then sampai Mesir. Moga2 setiap ape yang berlaku itu akan ada hikmahnya terhadap diri n org sekeliling, InsyaAllah..

So, welcoming 2011... dengan
- Keje bertimbun-timbun
- stadi berterusan sampai tengah malam
- n aktiviti2 harian...
- Tulis blog(penting ke??)...hahaha

Malas dah aku nak menulis, banyak keje... Wallahua'alam...