Thursday, June 16, 2011

Polymer dan kita....

Semalam baru habis exam chemistry, memang agak cuak la dengan exam2 nie. Dah la gap 2 hari je lepas exam zoology. Maka aku pun pulun la sehabis2nya. Boleh kate 2 hari tu adalah hari paling aku jadi rajin untuk stadi.hahaha. Antara komponen2 dalam subjek chemistry nie yang aku belajar ada physical n general chemistry, polymer, and organic chemistry. Tapi antara subjek dalam chemistry yang aku suka ialah POLYMER!!!..

Dalam polymer nie, aku belajar macam2 reaction nak buat plastik. Bukan senang tau nak dapatkan plastik yang korang duk buang hari2 tu. Macam2 proses yang terlibat untuk menjayakan polymer. So, terang la sikit macam mane polymer tu berlaku kan.

"It start with an initiation process, and then proceed to propagation and lastly termination. When we talk about initiation, we talk about Free radical. So, how can we obtain the free radical??... Let me take one example of the initiator,which will be benzoyl peroxide. Light can provide energy to break the benzoyl peroxide to two free radical in the presence of monomer. What will happened then??...



And then the free radical will strike the monomer and the propagation process begin. This is when the activated monomer strike another monomer and a long chain of monomer is form. Proceed to the next step, the termination process. In this situation, the polymer's active site will be inhibit by other monomer or other element and the reaction stop....

Paham ke tak??..so, ape kaitan polymer nie dengan kita...adakah sekadar membekalkan plastik2 dalam kehidupan kita??.

Let's take a review of this from a different aspect

Mengimbau sejarah Rasullullah S.A.W., dalam sejarah dakwah Islam. Segala-galanya bermula dengan dakwah Rasullah, kemudian kepada sahabat, kemudian pada zaman khalifah2 Islam dan sehingga sampai la ke zaman kita sekarang, zaman dunia akhir zaman. Dakwah tersebut masih berkembang dan terus berkembang. Namun dalam usaha berdakwah, terdapat pihak2 yang sengaja atau cuba untuk menjatuhkan proses dakwah ini.

berbalik kepada polymer tadi, macam mana Rasullah membuat initiation process kepada para sahabat2 pada zaman nabi dan kemudian rantaian2 dakwah itu mengalami proses propagation di mana dakwah2 Islam terus berkembang sehingga merentasi seluruh dunia pada masa kini. Proses propagation ini akan terus berkembang dan terus berkembang sehingga kita akan dapat lihat Islam bangkit kembali nanti..insyaAllah. Termination??
Musuh2 Islam sentiasa cuba untuk meng'terminate'kan proses dakwah tersebut. Apabila ada cubaan untuk membawa Islam, maka golongan2 ini akan terus memainkan peranan mereka agar rantaian2 dakwah ini dapat dihentikan dan tidak akan muncul lagi Islam dalam dunia ini. Namun, usaha mereka akan terus gagal kerana takkan Islam hilang dalam dunia ini... Allah akan memastikan Islam itu terus tertegak di dunia ini, sehinggalah hari kiamat kelak. Akan muncul golongan2 yang akan mempertahankan Islam biarpun mereka hanya minoriti dalam masyarakat mereka...

Jadi, sekarang korang nilai diri korang tu, kat mana korang berada... adakah korang berada pada golongan2 yang betul atau korang tergolong dalam golongan2 yang meng'terminate'kan dakwah Islam...renung2kan

Maka sampaikanlah dariku walaupun dengan satu ayat....
Sekadar renungan bersama... AllahuA'lam

5 comments:

  1. apa khabar sihat Fahmi? lama tak ketemu yaw :)

    tak sangka boleh terjumpa blog kau. heh.

    ReplyDelete
  2. hehe... lame jugak kan. x pe la, ade rezki n panjang umur bleh jumpa lagi...

    ReplyDelete
  3. mantap....thumb`s up

    ReplyDelete
  4. serious tak terfkir.baru perasan post ni.thanks for sharing!nice one indeed!

    ReplyDelete