Thursday, April 7, 2011

Aku sering lupa....

Aku sering lupa,
Lupa pada tanggungjawab,
yang mana telah termaktub,
dalam perjanjian itu....

Aku sering lupa,
Lupa pada amanah,
amanah yang lebih berat,
berbanding sebuah gunung itu...

Aku sering lupa,
Lupa pada peranan,
Yang sentiasa seiring dengan diri,
hingga ke penghabisan.....

Aku sering lupa,
Lupa pada tujuan,
Tujuan aku 'ada',
ada untuk segala-galanya....

2 comments:

  1. Assalamualaikum ya Akhi..
    kita manusia..
    memang sifat kita mudah lupa..
    bukankah asal makna perkataan manusia itu juga bermaksud lupa?
    sebab itu pentingnya peringatan dan tazkirah.. ^_^

    ReplyDelete
  2. wa'alaikummussalamwarahmatullah...
    btol2, mmg kita perlukan tazkirah...
    peringatn buat mereka yang lupa...
    lebih2 lagi buat mereka yg jauh dari keluarga, banyak sangat cabaran dan dugaan...

    ReplyDelete