Monday, October 29, 2012

Menyumbang itu membawa tumbang?

Manusia, memang tak pernah lari dari rasa ingin memberi.
Memberi kebaikan kepada orang. Memberi kasih sayang kepada yang lain.
Tak salah untuk aku menyatakan fitrah seorang manusia itu adalah untuk memberi.

Ramai dalam kalangan kita hari ini menyatakan yang memberi sumbangan itu perlu ada limitasinya. Perlu ada budi bicaranya. Perlu ada batasannya. Itu sememangnya betul, kerna jika seorang manusia itu hanya tahu menyumbang persada kini, orang itu bukannya seorang penyumbang yang realistik, tapi hanya penyumbang membabi buta. Tidak ada visi dan misi dalam sumbangan yang diberikannya.

"Kalau bagi ini, aku tak bleh buat apa dah lepas ni"
"Banyak bazir masa la buat benda-benda ni"
" nanti terganggu kerja-kerja lain"

Tetapi kekadang limitasi yang dibuat manusia itu terkadang cukup ekstrem. Hanya untuk sedikit sahaja sumbangan yang diberi. "cukup la tu, sikit-sikit sudah" dan seumpama dengannya. Sehingga suatu komuniti itu tidak mampu untuk digelar suatu komuniti yang berjaya. Semangat perpaduannya luntur, kerjasama antara mereka berada dalam 'red area', dan tidak mampu untuk membawa suatu kefahaman yang jelas dalam mentauhidkan kalimah syahadah.

Menyumbang itu tumbang? Suatu kenyataan yang saya kira cukup bermakna buat mahasiswa-mahasiswi masa kini. Mahasiswa yang dilihat membawa suatu pembaharuan masa dahulu kala kini kelihatan hambar dalam perjuangan. Mahasiswa yang dahulunya membawa sumbangan yang cukup besar dalam membawa masyrakat kepada suatu era yang gemilang kini dilihat sekadar mahasiswa yang berorientasikan kepada kuliah semata-mata. Bukan menyumbang yang menjadi agenda utama tetapi menjadi kera sumbang itu lebih utama buat mereka.

Melewati sejarah dahulu kala semasa zaman Nabi Muhammad S.A.W. bagaimana Saidana Abu Bakar sanggup memberikan segala harta, memberi sumbangan dari segala tenaga, bahkan keselamatannya sendiri hanya kerana keyakinannya terhadap kalimah tauhid. Cukup jelas kepada kita  bahawa kita masih kurang keyakinan terhadap janji-janji Allah. Adakah kerana sistem pada hari ini yang melahirkan masyarakat yang sebegini, dan Adakah kita mempunyai masalah dari segi fahaman akidah kita? Sama-sama tanya iman dan sama-sama kita perbaikinya.

Jadi, adakah dengan menyumbang itu kita kan tumbang? Saya kira cukup jelas dengan kenyataan di atas bahawa itu merupakan suatu keyakinan diri kita sendiri. Keyakinan kita terhadap janji-janji sang pencipta. Jikalau itu yang ditanam, takkan menyumbang itu menjadi tumbang, tapi yang menyumbang itu kan teras perjuangan. Akan tetapi limitasinya perlu ada, agar kita tidak bertaqlid buta, tidak mudah tertipu dengan manusia akan tetapi punya visi dan misi yang jelas dalam memberi sumbangan. 'Be a realistic person rather than an optimist....' 

Jom sama-sama kita menyumbang, tangan yang di atas itu lebih baik dari tangan yang di bawah. Yakinlah, sumbangan anda adalah untuk kemenangan Islam kelak. AllahuA'lam.

1 comment:

  1. salam ziarah dari Jordan :)

    first time melawat blog ni, semoga terus diberi kekuatan untuk menulis :)

    ReplyDelete