Saturday, January 12, 2013

Meninggal di awal usia, cukupkah amalan kita

Mati waktu muda dan mati waktu tua

Kadang-kadang tertanya dengan diri yang selalu berbuat dosa, yang sering mengulangi maksiat yang sama saban hari, bila aku betul-betul akan bertaubat ? Bila aku mampu untuk menahan diri daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar. Jawapan yang mampu dikeluarkan dari benak fikiran cuma satu, alangkah bagusnya kalau aku mati dalam keadaan aku muda, sudah pasti kan berkurang dosa yang dibuat ini. Itu pemikiranku pada asalnya. Kalau aku melanjutkan usia aku, sudah tentu lagi banyak dosa yang akan dibuat.

Antara taubat dan usia

Kebanyakan para 'amilin sentiasa beranggapan sedemikian. Terus terang boleh dikatakan bahawa anggapan tersebut adalah salah dan hanya tanggapan orang yang berputus asa dari rahmat Allah. Melihat kembali sejarah-sejarah lampau dalam kehidupan, bagaimana kita diciptakan. Dari sekecil sell yang bergelar sperma, kita terpilih dari berjuta-juta bilangannya. Dari sekecil-kecil percantuman 2 sell, kita terpilih untuk terus membesar dan berkembang dalam perut seorang ibu. Dan kita terpilih sekali lagi untuk dilahirkan di muka bumi ini. Jadi, yakinlah sahabat-sahabat bahawa kita merupakan orang-orang yang terpilih. Jadi, adakah kamu tidak yakin dengan apa yang berlaku sekarang adalah ketentuan dari-Nya juga.

Para pendosa memang tidak akan terlepas dari title seorang manusia. Al-'Asi sudah boleh dikatakan status kita. Namun apa yang membezakan kita antara pembuat-pembuat dosa yang ada? Teringat pesan seorang murabbi, "ingat satu perkara bahawa setinggi mana pon dosa yang kamu lakukan, yakinlah bahawa pengampunan Allah itu lebih tinggi dari segala-galanya untuk hamba-Nya". 

Jadi, mulakan langkahmu dengan keyakinan, tidak ada manusia yang cukup-cukup sempurna di dunia yang fana ini. Masing-masing membawa bebanan dosa masing-masing. Setiap kesilapan yang dibuat, bertaubatlah kepada Allah. Setiap kemungkaran yang berlaku, kembalilah kepada Allah. Setiap kezaliman yang dilakukan, mengadulah di hadapan Allah. Ingat dalam banyak-banyak 'status' yang ada, setiap manusia itu memegang satu 'status' yang pasti iaitu kita ini hamba Allah

MATI itu pasti
HAMBA itu juga pasti
Mengapa perlu menyempitkan minda dengan pemikiran-pemikiran yang tidak praktikal. Jadikan dunia, jadikan akhirat kedua-duanya matlamat kita yang pasti.

"Dan sememangnya tidaklah sama orang yang buta dan orang yang celek, dan juga tidaklah sama orang-orang yang beriman serta beramal soleh dengan orang yang melakukan kejahatan(meskipun hakikat ini jelas nyata, tetapi) sedikit sangat kamu beringat dan insaf"
(Al-Mu'min, 58)

12.21 A.M.
13/1/2013

1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete