Tuesday, March 2, 2010

Temu duga

Hari ni, aku nk cerita la sikit2 pengalaman aku ditemuduga untuk ke Jordan tajaan MAIDAM masa bulan 12 yang lepas. Sehari sebelum pergi temuduga, aku terima satu panggilan dari sekolah yang menyatakan aku terpaksa hadiri satu temuduga untuk sambung pengajian dalam bidang sarjana Islam in other word bab2 agama. Bukan nya aku x minat bab2 agama tapi bak kata orang slow sikit... Aku pun pergi la ambik surat kat sekolah, rupa-rupanya semua budak2 lelaki kelas aku dapat. Hari temuduga, aku pon berdebar-debar la..preparation tak cukup, ape kes nak pergi temu duga. Tapi, Alhamdulillah, aku diberi kekuatan untuk pergi jugak. Dalam hati aku sering berbisik "ni first time experience, bukan semua orang dapat peluang macam aku nie". Disebabkan nak dapat first time experience tu lah aku pergi temuduga nie. Kat pejabat MAIDAM, diorang baru bagitau yang bukan semua dapat masuk temuduga, sebab diorang nak buat saringan. berdebarlah aku sebab bila aku tengok balik surat tawaran tu, ade ujian hafazan.
Semangat tu agak turun sedikit memandangkan aku tengok ramainya budak2 Imtiaz, tapi aku buat relax je. dalam hati hanya tuhan yang tahu. Lepas pegawai diorang bagi taklimat, ada satu ujian, ujian personaliti. Ujian ni lah yang aku paling malas nak buat, nak menilai orang berdasarkan kertas, x relevan langsung aku rasa ujian ni tapi nak buat macam mane, dah orang suruh buat ikut je la.Lepas ujian personaliti, ujian hafazan. Ada ke patut diorang panggil nama aku dulu, semakin berdebar la aku. Alhamdulilllah, aku dapat buat yang terbaik, ada la jugak yang sekat2 tu.... lepas tu, waktu Zohor. lepas makan2 dengan geng2 kami pon pergilah solat Zohor kat surau. Lepas solat tu lah diorang umum nama untuk ke temuduga, ak pon nervous gak tapi berserah je la. Aku pun tak mengharap sangat untuk dapat tawaran tu. Maka diorang pun umum la nama2 yang bertuah untuk temuduga tu dan nama pertama yang dipanggil adalah nama aku. Nak kate suka tu tak lah sampai aku melompat dalam bilik tu, tapi aku sedih la jugak sebab kawan aku sorang je yg layak untuk temuduga tu. Tinggallah aku dan Meri, 2 orang pelajar TJ yang masih bertahan. Setengah jam berlalu, aku dipanggil untuk temu duga tu. Aku rasa nak tergelak bila mengimbau balik pasal temu duga tu.

Masuk je dalam bilik mesyurat tu, aku diminta untuk duduk. Untuk permulaannya, temuduga dalam Bahasa Arab. Aku dah la tak pandai nak speaking arab, tiba2 suruh ak speaking. Bab2 perkenal diri bulah la jawab, sebelum habis interview yang bahasa arab tu, dia ade tanya soalan yang memang aku tak paham. So, aku senyap je la. Pastu diorang pon faham memang aku x bleh nak speaking arab. Lepas BA, BI plak. Dengan penuh konfidennya aku jawab, tapi...sampai je diorang tanye adik beradik blajar kat mane, entah kenapa aku x ingat tempat yang abg aku blajar...haiz, memang gabra la masa tu, terus ak kelentong diorang abg aku blajar kat UM...hahaha. Last skali Bahasa Melayu, fuhh!!lega lepas habis BI ngan BA. Masa temuduga Bm ni lah paling banyak soalan aku dapat...tapi ak jawab je la, dia x nak terima jwpn ak ikut suka hati dia la...lepas tu habis la sesi temuduga..ak pon keluar. Time ak keluar tu ak buat muka frust sikit biar orang laen pon berdebar-debar jgk ...jahat nya aku...haha. First time experince ni memang bagus la untuk aku perbaiki diri agar aku dapat buat yang lebih baik untuk interview2 yang akan datang..setakat tu saja untuk kali ni...

*Bahasa agak kucar kacir ye....maklumlah lame x menulis*

2 comments:

  1. huhuhu...interview.. lepas ni get ready utk interview jpa or laen2 scholarship plak yep

    ReplyDelete
  2. pastu last2 blh result interview tu ke x lagi?

    ReplyDelete