Saturday, February 15, 2014

The reasons

Nak dijadikan cerita,
cuti winter jadi sebulan, tapi aku tak kemana-mana,
orang kata pelik kalau 'budak biasiswa' tak pergi berjalan,
Aku senyum aje...
Ada orang kate aku simpan duit nak kawen,
bleh gak la salah satu reason,
but the main point is aku tak pergi mana2 sebab aku nak balik summer.

usually, bile musim summer konpem ramai budak2 balik Malaysia,
dan waktu tu lah banyak PCT nak pakai tenaga,
Nak sambut adik-adik baru,
oleh kerana itu aku nak cuba compensate ketiadaan aku nanti,
dengan tidak pergi ke mana-mana winter,
tolong setakat yang mampu.

Waktu summer adalah untuk menjaga adik yang tak berapa sihat,
Mungkin orang kata adik aku cacat,
Orang kurang upaya,
tapi orang itu destinasinya syurga,
mintak2 tarik la mi sorang masuk sekali nanti.

mak aku pon x brape sihat,
kene la tolong ringankan beban mak ayah,
 cuti summer panjang, boleh berbakti panjang,

And if you asked me why?
The answer is i'm a family person 
:)

10.10 malam
Tanta, EGYPT

Friday, January 3, 2014

lalalalala.....

Sang rakyat mengumpul suara,
Dihentam mereka pengkhianat durjana,
Sang pemerintah membuka bicara,
Taat dipinta hingga hujung nyawa.

Sang rakyat meminta simpati,
Dikata mereka pengemis abadi,
Disuruh bersyukur saban hari,
Dikerah keringat sampai mati.

Sang rakyat meminta hak diri,
Dilabel pula si lawan sejati,
Sokonglah parti sokonglah kami,
Kelak diberi wang saguhati.

 

Tuesday, December 24, 2013

Semangat yang hilang

Lama tak tulis apa2 kat sini. Dengan hidup yang busy, taklifan2 yang pelbagai membuatkan masa semakin kurang untuk diri sendiri. well, that's good, cause you never know what the deed that you do that is accepted, so try to do all the deed with your own effort. Semakin hari, semangat untuk stadi semakin hilang. Tak tahu buang ke longkang, atau aku semakin ke belakang, atau aku sebenarnya tak tahu apa nak jadi dengan diri aku sekarang.

Tahun ni, dengan requirement yang pelbagai, dengan kuiz yang pelbagai, dengan tohmahan yang pelbagai, kadang-kadang membuat diri rasa serba tak kena. Buat ini salah, buat itu salah, everything is targeting you to be blamed. nothing more nothing less. Sometimes feel the whole world is targeting you like you are one of the target of a pro sniper. Get shoot, and you will die.

Tapi kadang-kadang kena refleks jugak diri, kemana 'kerajinan' yang lama pergi? Time SPM aku bukannya best student, memang duduk dalam kelas pertama, tapi antara kedudukan paling tercorot adalah aku. pernah dapat no 30 daripada 32, itu dalam kelas, belum kira seluruh form 5. Subjek Fizik dan biologi antara subjek yang paling tidak diminati. Time dalam kelas semua benda aku tak faham, semua benda kena revise balik, semua benda kena buat extra effort. Aku selalu balik lewat dalam lepas asar, hanya untuk stadi balik subjek fizik form 4 yang aku tak faham SORANG-SORANG. Sedih tak sedih, realitinya memang macam tu. Forever alone i guess.

Time SPM jugak, aku guna internet dengan penuh ilmiah. Masa tu tak buat pon lagi Facebook, tak kenal pon ape itu facebook, dan tak tahu pon kewujudan fb. Guna internet, cari past year questions, buat analisa dan sebagainya. Antara kelebihan yang aku ada, aku boleh buat analisa dengan baik dan boleh predict soalan mana yang akan masuk dalam exam, especially time SPM dulu. Itu tak termasuk masa SPM, memang fokus 100% stadi, dari pukul 8 pagi sampai 10 malam , rehat hanya untuk makan dan solat. Time tu betul-betul nak kejar biasiswa, target dapat straight A, grab biasiswa and then study luar. Alhamdulillah target tu tercapai sekarang.

Kadang-kadang rasa menyesal ambik course yang kita tak minat, course yang memang tak kena dengan jiwa kita. Dulu-dulu berhasrat untuk jadi pilot, jadi biotech person tapi aku kuburkan sebab prospek kerja yang kurang di Malaysia. To think that reality is not that so good for you. So to dentistry we go i guess. Sambung cita-cita seorang kakak yang tak berkesampaian untuk bidang ni, aku pon try je la masuk. Maybe ade luck.

Still doesn't have the heart for dentistry, but i guess the time will come for the flow to make route into you. Still, the lost momentum must be retrieved back. Need to make lots of effort now i guess. With all the subjects that must be mastered, with all the hectic world that need you to be part of it, be strong and keep moving.
 

"Maybe you will find caries that will hurt you, but it is the hole that you must fill it with your own restorative materials" :)

Coretan di musim exam
11.27 P.M
24 Disember 2013
Tanta, EGYPT

Sunday, April 21, 2013

Gula dan Garam. salah siapa?

Gula itu manis
Garam itu masin

Retoriknya perkataan manis dan masin
salah susunan, salah maksudnya
takkan masin untuk gula
takkan manis utk garam

Dalam hidup, kita sering berjumpa dengan gula dan garam
Gula yang memaniskan hidup
Garam yang memasinkannya
 Sangkaan kita seringkali, garam itu menyakitkan
Sangkaan kita selalu, gula itu menyenangkan

dan retoriknya juga gula dan garam
dalam masakan,
Manisnya jika banyak berbahaya
Masinnya jika banyak berbahaya

Hidup tidak memerlukan gula dan garam yang banyak
cukup untuk kita meneruskan hidup
cukup untuk kita mengenal dunia

tetapi kadangkala terlebih juga
penyakit mula menyinggah
apabila berlaku segera cari ubatnya
stabilkan balik gula dan garam
 retoriknya juga dalam hidup
perlu ada ubatnya pabila sakit

*retoriknya gula dan garam dalam hidup kita*

apa yang aku mengarut ni
11.18 PM
21 APRIL2013
TANTA, EGYPT

Monday, February 25, 2013

Antara kesatuan dan perkara furu' dalam hidup di sini

Kesatuan, bersatu, menjadi satu,
Aku nampak kini makin susah,
Dengan adanya pelbagai fikrah,
Dengan adanya pelbagai asam garam,
Mungkin mereka di pihak yang benar,
Mungkin juga mereka lebih terkehadapan,
Dan mungkin kami hanya sampingan,
Dan mungkin itu, mungkin ini.....

Semalam 9 org pelajar dentistry, semua keluar rumah, niat ingin melawat abang-abang lama yang bakal pulang setelah 6 1/2 tahun berada di bumi Sayyid Badawi. Sembang-sembang sampai pukul 11 malam gitu. Dah la keluar rumah pukul 6.30 malam. Banyak benda yang dikongsi, yang paling best sekali pengalaman diorang kat kelas. "Barra yakni" jadi topik utama semalam.hahaha

Dalam sembang-sembang itu, Hijan ada tanya berkenaan program yang akan dibuat di Universiti Tanta lagi seminggu lebih anjuran organisasi lain selain dari PCT. Menjawab persoalan, senior tersebut menyebut pertama sekali "ana tak pernah menghalang orang untuk buat baik, ana tak pernah menghalang nak buat apa-apa, tapi kena tgk mana keutamaannya sesuatu benda tu". Contoh yang diberi berkenaan tabung palestin, sampai 3 tabung ke kelas masing-masing. Mungkin pandangan mereka menyatakan semua orang nak berbuat baik, namun hakikatnya dalam berbuat baik pun kita telah berpecah. Menunjukkan fiqh waqi' dan fiqh aulawiyyat itu belum dihadam dengan baik

"Nak menyampaikan fikrah itu tak pernah salah, nak buat program itu tak salah, tapi letakkan kesatuan di hadapan" ayat ini mungkin yang paling menyentuh hati kami. cerita macam mana kesatuan masa-masa dahulu, bagaimana pengalaman mereka yang lama, semasa ketiadaan pelajar yang ramai, mereka semua bersatu di bawah satu bumbung. Walaupun mereka pelbagai fikrah, pelbagai pandangan, tetap mereka berada sekali. Jikalau ada idea yang baru, mereka terus menyalurkan idea kepada pihak-pihak berkenaan.

Pandangan sendiri berkaitan perkara ini, perkara berkaitan kesatuan ini makin dilihat menjadi perkara furu' dan menyampaikan fikrah itu menjadi perkara pokok dalam hidup. Dalam komuniti yang kecil di sini, bagi saya sendiri, kesatuan itu amat dan tersangat penting dalam kita selaku mahasiswa-mahasiswa dari Mesir yang dipandang masyarakat Malaysia sebagai agen pengubah keadaan masyarakat masa hadapan. Kalau di sini kita tak mampu nak lihat mana keutamaan yang utama, bimbang-bimbang di Malaysia, kitalah yang akan memecahbelahkan masyarakat Islam di Malaysia kerana fikrah-fikrah kita yang tidak dipersetujui masyarakat lain

Hadam dulu fiqh khamsah dalam berbuat sesuatu perkara. Fikirkan pro&cons dalam setiap tindakan kita. Jangan hancurkan apa yang dibina, apa yang direserve untuk adik-adik baru, yang disambung oleh kita. Kita penentu keadaan masyarakat kita di sini.

Sirru 'ala barakatillah... semoga Allah merahmati usaha-usaha kalian yang sudah melepasi satu fasa dalam hidup ini, dan moga-moga terus thabat dalam fasa baru di hospital-hospital di Malaysia kelak. Doakan kami di sini meneruskan usaha murni kalian dalam memartabatkan Islam selari dengan kehendak para 'alim ulama dan moga-moga kalian tidak melupakan kami di sini.

11.58 A.M.
Isnin, 25/2/2013



Tuesday, February 12, 2013

Target sepanjang duk mesir

Termasuk tahun ni, lagi 4 tahun kena duduk kat Mesir ni, sampai 2016. Maknanya sempat la aku merealisasikan wawasan 2020. hehe. speaking of wawasan, sepanjang 4 tahun duduk kat sini, ada beberapa benda la yang akan aku buat untuk merealisasikan wawasan hidup seorang insan yang bernama Mohammad Zulfahmi bin Hanafi.



Tahun 2012/2013 (first year dentistry)
- Mumtaz untuk kedua-dua subjek yang diulang  
- Mahir Bahasa arab ammiah untuk deal ngan patient in the future
- Ulang balik Bahasa arab fushahah, untuk lebih faham kitab-kitab arab
- Beli satu paper arab, dan buleh translate sendiri
- Bantu PCT dari segala sudut

Tahun 2013/2014 (Second year Dentistry)
- Target Mumtaz (paling kurang perlu dapat JJ) 
- Buat betul-betul praktikal
- Cari kawan arab yang betul-betul kawan
- Cari rahsia-rahsia communication dengan patient
- Tanya doctor perkataan-perkataan common bila di klinik
- Bantu PCT dari segala sudut

Tahun 2014/2015 (Third year dentistry)
- Target Mumtaz (paling kurang perlu dapat JJ)
- Menjadi pelajar yg effisen dalam pengurusan and how to deal with people
- Buat attachment di hospital(pendedahan awal)
- Cari calon isteri / bakal ibu kepada anak-anak (Mesir/ Malaysia)
- Bantu PCT dari segala sudut

Tahun 2015/2016 (Fourth year dentistry/Final year)
- Target Mumtaz ( mesti dapat MUMTAZ)
- Prepare untuk segalanya-galanya after grad
- Sekurangnya hafaz separuh Al-Quran sepanjang berada di Mesir
- Kahwin( maybe yes/ maybe not)
- Bantu PCT buat tahun yg terakhir

Banyak tu benda yang nak kena buat, especially tang bahasa arab dgn hafaz Quran tu. But I believe that Allah will make it ease for me. kita merancang, Allah jua merancang dan sebaik-baik perancangan itu adalah drpd Allah. Let's not waste the time, let's make it into a bright future that awaits us. :)

11.45 PM
TUESDAY, 12 FEB 2013
TANTA, EGYPT

Monday, February 4, 2013

It's all your attitude

Alkisah aku pergi seminar PERUBATAN ke 5, towards five stars muslim professional.
Niatnya cuma nak tengok camne nak buat seminar khas utk pelajar pergigian plak. Itu target aku.
SEMINAR PERGIGIAN SE-MESIR..hua3, impian.
Apa kaitan attitude dgn impian aku tu.
Sebenarnya x de kaitan pon.

Nak share sikit pasal doc2 dari PAPISMA tu habaq kat aku,
bkn aku sorang la, satu dewan pon depa habaq.
Knowledge is the second thing in your field, the most essential thing that you must build up is your
ATTITUDE
ATTITUDE
ATTITUDE
kalau bahasa melayu org panggil PERANGAI

time kerja,
knowledge memang byk bantu,
tapi kalau perangai macam hantu,
ikut sedap mak bapak je nak buat keje,
cam mane nak jadi doktor?

Time doktor-doktor tu bagi talk
pasal kebanjiran doktor,
apa yang aku boleh tengok,
reaksi medical student kat sini,
semua resah gelisah,
semua takut tak de keje dah lepas ni,
again, attitude main peranan dalam hal ni
perangai kita main peranan dalam setiap perkara,
macam mana nak develop PR kalau perangai mcm HARAM,
terkasar plak.....

tu pesan2 doktor2 PAPISMA tu,
dan pesanan tu sama je la dengan bende yang mak aku selalu pesan,
"duk kat dunia kalau x bleh bagi faedah kat orang, jangan nyusoh ke orang"
"jaga nama baik mok ayoh sokmo"
lebih kurang la ma sokmo pesan...hua3

jadi, bentuk la perangai2 yg baik2 itu,
mana tau, dengan berbuat baik tu, jumpa jodoh...
ni satu agi ma sokmo pesan
"orang puan lening dok tgk mane doh muka, laki hok wat baik2 sikit, ambik lalu jadi laki"
pesan orang tua kene ikut ye adik2 :)


kebosanan di kala cuti,
sorang2 kat rumah, 
ahli beit semua tak ada...waaaaaarrghhhhh
4.52 PETANG
TANTA,EGYPT