Saturday, September 29, 2012

Surat buat sahabat-sahabat Ana

Salam...
Terlebih dahulu maafkan ana andai kalam ana di sini menggangu kehidupan kalian. Bukan niat untuk menggangu apa lagi menyerabutkan kalian. Just want to say how lucky i am just to be with all of you. Mungkin ada orang akan kata,  kita bajet ,ukhuwwah geli-geli dan sebagainya tapi  hanya kita 10 orang yang tahu hakikat sebenar ukhuwwah kita. Maen sama-sama, usrah sama-sama, solat berjemaah sama-sama, dan macam-macam lagi, semuanya sama-sama.

Sahabat-sahabat...
Ukhuwwah itu merupakan tautan daripada Allah. Terbinanya di sini atas dasar kita sekelas, kita sekuliah dan kita seuniversiti. Tapi sahabat-sahabat, jangan limitkan makna ukhuwwah itu atas dasar itu saja. Ukhuwwah yang sebenar letaknya pada pegangan kita bersama-sama dalam fahaman aqidah dan pemahaman tentang Islam itu sendiri. Pegang ayat ini betul-betul agar segala kehidupan kita tak lari dari makna dan tujuan asal kita dihidupkan di muka bumi ini. "Tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepadaku". Jadi sahabat-sahabat, ingat tujuan kita, walau setinggi mana kita berada, walau seteruk mana kita jatuh, ingatlah akan ubudiyyah kepada Allah S.W.T. itu yang paling utama.

Sahabat-sahabat...
Ana bukan seorang yang hebat berbicara, ana bukan seorang yang hebat memberi nasihat, jauh lagi kalau nak dibandingkan dengan sahabat-sahabat yang lain. Namun, suka ana katakan bahawa ukhuwwah kita ini akan diuji. Mungkin kita akan lupa sesama kita, mungkin kita akan tak ambil berat akan sesama kita dalam 2 atau 3 tahun dari sekarang. Masa itu baru sahabat-sahabat akan sedar atas dasar apa pegangan ukhuwwah yang sahabat-sahabat bina dalam hati sahabat-sahabat. Andai yang ditanam itu benih cendawan, pasti kan tumbuh cendawan di kemudian hari.Andai di hati itu ukhuwwah nya kerna Allah, maka bertemu dan berpisah kita jua kerna Allah. InsyaAllah

Sahabat-sahabat...
Di sini juga ana bagi sekeping nasihat buat sahabat-sahabat, moga-moga berguna buat masa depan sahabat-sahabat. Ingat sahabat-sahabat, hidup ini tak lama. Selagi kita mampu memberi, kita beri sedaya yang boleh. Cuba untuk menyumbang kepada masyarakat sekeliling, bukan sekadar menjadi penonton. Di sini kita punya satu wadah, satu persatuan, PCT itu sendiri. Jangan dalam hati sahabat-sahabat ada terdetik yang persatuan itulah yang memecahbelahkan kita 10 orang. Ana rasa cukup jelas ana nyatakan yang ana masuk dalam persatuan untuk menyatukan hati-hati kita, nak menyatukan hati sahabat-sahabat di sini. Jangan kedekut dalam membuat amal, cuba sedaya upaya untuk menyumbang pada masyarakat kita di sini. Kita takkan tau apa amalan kita yang diterima oleh Allah, mungkin dengan sekelumit tenaga mengangkat barang itu pun sudah dikira mulia di sisi tuhan. insyaAllah.

Akhir kata,
Sambut Salam dari ana, hamba yang kerdil ini. Kita cuma dipisahkan dengan tidak sekuliah. Ana mungkin punya masa yang panjang tahun ni. Kalau sahabat-sahabat ada kesusahan, insyaAllah ana akan tolong sedaya yang mungkin.Kalau nak suruh masak hari-hari pon boleh, tapi bahan-bahannya sahabat-sahabat sediakan sendiri la ye. :)

Wallahua'lam....

Tuesday, September 25, 2012

25 September 1992

Alhamdulillah, hari nie dapat sambut ulang tahun kelahiran yang ke 20.Whoaaa, dah tinggal angka-angka belasan itu. No more sweet 19. Kena lebih matang buat keputusan, kena lebih pandai menutur kata-kata, kena lebih pandai dan pandai dan pandai dalam semua benda.

Banyak lagi benda-benda yang tak tercapai dalam hidup nie
1. Nak habis stadi
2. Nak jadi doktor gigi
3. Nak jadi pakar ekonomi
4. Nak jadi anak mithali
5. Nak Cari isteri
*no 5 patut jadi no 1...hehehe*

Tapi sedih bila memikirkan apa yang dah dibuat sepanjang 20 tahun hidup. Bila tengok masyarakat kat Malaysia, tertanya-tanya apa la yang aku buat sepanjang 20 tahun ni. dengan isu gangnam nye, dengan isu politiknye, dengan macam-macam isu yang ada. Kadang-kadang rasa malas nak ambik tahu,tutup buku, tido. Tapi bila ingat balik kata-kata ustaz-ustaz kat sini, terpikir jugak di hati

"Islam itu akan menang tak kira adanya kita atau tanpa kita, itu janji Allah.
Rugilah orang yang tidak bersama-sama dengan perjuangan"

Tapi aku sedar yang apa yang kita buleh buat kalau sekadar berfikir, merenung, dan sebagainya. An action must be taken!!. Kena mendalami ilmu-ilmu yang ada, especially yang berkaitan dengan agama. Supaya penerangan boleh diberikan, supaya masyarakat boleh terima apa yang terbaik untuk mereka. Bila dah meningkat umur ni, terasa satu amanah untuk bawa Islam tu lebih, untuk bawa fahaman itu ke arah yang syumul.

Last but not least, bila dah meningkat umur ni, kena la selalu ingat kubur. Nak tak nak, manusia kan mati. Kita semua yakin dengan qada' dan qadar tuhan, tapi berapa ramai yang betul-betul ambik peduli. Dengan amalan nya yang tak seberapa, dengan subuh dinasournya, dengan bacaan yang tak betulnya, macam-macam lagi la yang tak kena. Teringat satu kalam yang berbunyi "masuknya seseorang itu kedalam syurga bukan kerna amalannnya, tetapi masuknya seseorang itu dengan rahmat dari Allah". Kita dengan amalan yang memang tak seberapa, dengan dosa yang bertimbun-timbun, agaknya layakkah kita mendapat rahmat Allah.Sama-sama lah muhasabah diri.

Dari,
Kalam orang yang berumur 20 tahun...
*macam poyo je*

Sunday, September 23, 2012

Muhasabah itu satu kewajipan...

Kadang-kadang,
Kita merasa sombong dgn keadaan kita,
Harta yang kita ada,
Keluarga yang kita miliki,
Kawan-kawan di sekeliling kita.
Anggota tubuh yang lengkap,
Kaki tangan, semua cukup,
Masih boleh berbicara,
Boleh menuturkan kata-kata,

Tapi sedarkah kita,
Akan tanggungjawab yang besar,
Terpikul di atas bahu masing-masing,
Amanah yang di bawa,
Sejak kecil hinggalah dewasa,
Angka 0 hingga berpuluh-puluh,
Merangkak hingga berkaki,
Dari buaian sampai ke liang.

Hari ini aku gagal, 
Gagal dalam mengejar cita,
Gagal dalam persahabatan,
Gagal dalam berkasih sayang,
Gagal dalam percintaan,
Gagal dalam setiap urusan.

Tapi dari saat ini,
Mulai sedar akan hakikat ini,
Kadangkala gagal itu maksudnya berjaya,
Jatuh itu kan ada bangunnya,
Rendah itu kan ada tingginya,

Sungguh,
Gagal itu suatu yang cukup pahit,
Tapi muhasabah itu sentiasa,
Menjadi madu dalam kepahitan.


*Sedih bila mengenangkan aku gagal dalam mengekalkan keadaan keluarga kami di sini. Rasa cukup bersalah bila benda nie berlaku. Mungkin masih tak cukup usaha aku, mungkin rasa pentingkan diri tu masih dalam diri, mungkin aku memang tak mampu untuk buat semua ni... Mintak maaf dari aku buat antum antunna sekalian. semoga ukhuwwah aqidi masih dipegang dan semoga terus thabat dalam perjuangan. Ingat, hari nie mungkin orang lain yg jatuh, esok lusa tak de sape yang tahu*

Tuesday, September 18, 2012

Jatuh cinta or jatuh pada nafsu

Pengalaman lalu...
Aku sering terpandang wajah si dia,
Namun tak mampu terungkap dek kata,
 wajahnya, keayuaannya, kecomelannya.
 Everything's PERFECT!!!.

Hari-hari,
pasti kan tertaip mesej,
pesanan sayang dan rindu,
pamerkan rasa kasih dan sayang.

Tapi itu dulu, 
Kini aku lebih tahu,
Apa itu cinta,
Apa itu nafsu,
Sungguh pengalaman lalu,
Mengajar seribu erti

Antara cinta dan nafsu, kadangkala ramai yang kata. Dua-dua benda nie benda yang sama ja. tapi takrifan seseorang itu berbeza. Bagi aku yang tak berapa tua nie, aku lebih melihat nafsu itu mendahului cinta. Kerana kalau betul-betul cinta itu dipamerkan, pasti semua kan bahagia dalam dunia. Sungguh orang kata pabila kau jatuh kepada nafsu, pasti kan buta mata. Pasti yang A itu menjadi B, yang B itu menjadi C. Pasti kan terbayang si rupawan di mana-mana.

Sekarang, langkah berjaga-jaga perlu. Agar mata, telinga, lidah, perut, kemaluan, tangan dan kaki terpelihara. Pabila terjaga anggota luaran, pasti kan terjaga yang didalamnya yakni hati. Hati mudah berbolak-balik. Kadang-kadang itu, kadang-kadang ini. Soal hati  tak perlu diikut 100%. Perlu ada rasional dalam setiap perkara. Yang membezakan kita antara haiwan itu adalah akal, jadi pamerkan perbezaan itu. Jangan jadi seperti haiwan-haiwan itu, malah lebih teruk dari mereka.

Dan balikkanlah hati kepada tujuan asal diciptakan. Menjadi khalifah di muka bumi. Bukan menjadi sampah.

"dan tidak aku ciptakan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadat kepadaku"

AllahuA'lam.

Saturday, September 1, 2012

Pahit itu manis

Orang kata bila dah jatuh tersungkur, baru kita tahu nikmatnya berada di posisi sebelumnya. Bila kita merasai garam, baru terasa masinnya. Itulah asam garam dalam kehidupan. Pabila kita ditimpa suatu musibah, barulah kita bermuhasabah. Sungguh cantik aturan yang ditetapkan oleh Allah. Ibarat siang berganti malam, sejuk berganti panas, kelahiran dan kematian semuanya adalah aturan yang ditetapkan Allah. Kadang-kadang terfikir adakah sunnatullah yang ditetapkan Allah ini hanya sia-sia semata-mata. Allah tidak akan menciptakan sesuatu dengan sia-sia, hatta seekor lalat pun berguna untuk kehidupan seorang yang bergelar insan di dunia ini.

Kalau putus asa itu adalah hentian kita yang terakhir di dunia ini, adakah mampu untuk kita peroleh syurga Allah di akhirat kelak. Ramai yang berkata, kegagalan itu adalah kejayaan yang sebenar untuk seorang manusia. Bunyinya pelik, tapi hakikatnya sebegitu. Dari kegagalanlah kita merancang strategi-strategi baru, dan bergerak dengan lebih berhati-hati. Every steps have it's own obstacle, but just remember that if you don't take the future step, you will end up being at the same place. You will end up being the SAME you.

Tapi kadang-kadang dalam merealisasikan kejayaan diri, perlu di ingat bahawa kita perlu menjadi seorang yang berada di bumi yang nyata, bukan hanya memikirkan kata-kata manis semata-mata. Motivational quotes memang cukup banyak menjadi kegilaan remaja masa kini. Kata-kata seperti 'kegagalan adalah langkah pertama anda untuk mencapai suatu kejayaan yang lebih besar di masa akan datang' , 'an obstacle is one that make you stronger' dan macam-macam lagi sentiasa meniti di bibir. Namun perlu diingat bahawa kalau sekadar manis di bibir, tapi tiada tindakan susulan, maka tak da papa jugak.

"Motivational quotes is best to be heard, but make some action from it.Otherwise, you will just end up being  an optimist rather than being a realistic person"

ok, stadi lak. Exam menjelma 11 & 12 September. Semoga Allah permudahkan segala urusan kami. Amin ya rabb. Terima kasih buat rakan-rakan yang sentiasa mendoakan kami, kita jumpa nanti di tahun 2!!!.